masih ku ingat peristiwa 4 tahun dahulu.. aku dikejarkan ke Hospital Besar Melaka, kerana berlaku pendarahan... Doktor Klinik Ayer Keroh, menyarankan Bos ku terus hantarku ke Hospital, kerana darah sudah banyak keluar.. Kami 2 beranak terhutang nyawa pada Bos ku, Ketika itu Ms. Irene... Dialah penyelamat kami berdua ketika itu.. sampai di hospital, aku terus di tolak ke wad bersalin... tetapi aku tidak boleh bersalin normal, kerana anak dalam kandungan songsang.. Demi menyelamatkan aku dan anakku, doktor terpaksa melakukan pembedahan, takut baby lemas dalam kandungan... aku selamat melahirkan baby lelaki seberat 1.45kg... Babyku di tahan di Hospital Selama 40 hari, kerana lahir tidak cukup bulan... selama itu juga aku berpantang tanpa baby di sisi.. Masih ku ingat, ketika kali pertama menatap wajah anakku, tubuh badannya penuh diseliputi wayar.. ketika itu, anakku masih menggunakan bantuan pernafasan sepenuhnya.. Seminggu kelahiran, berat anakku turun ke 1.2kg, doktor terpaksa memanggil ku pulang ke hospital, utk memberi susu badan ibu, untuk menaikkan semula berat badan anakku tadi.. Berkat doa dan kesungguhan pihak hospital menjaga anakku, akhirnya anakku, dibenarkan keluar ketika berat mencecah 1.8kg.... Sesungguhnya Kelahiran Daniel dalam kehidupan mama dan ayah, ibarat permata yang sentiasa menyinari kami...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan